Monday, January 3, 2011

.::Teh Sukat ::.

Adakah anda penggemar teh tarik??Jika ya, cubalah ELAKKAN minum teh tarik terutamanya teh tarik yang dijual di gerai makanan. Ini kerana kebanyakan teh tarik yang dibuat di gerai makanan, dibuat menggunakan teh sukat atau teh timbang. 

Apa itu teh sukat? Teh sukat tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.Serbuk teh tersebut itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.  Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik. Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan. 

Teh sukat yang digunakan di kebanyakan gerai-gerai atau kedai makanan berisiko untuk mendapat kanser seperti paru-paru, hati, prostat dan usus. Ini kerana teh sukat dicampur dengan bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain .

Tahukah anda, salah satu bahan pewarna yang terdapat di dalam pewarna sintetik ialah Karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik. Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup.

Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama serta mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.Harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. 
 
Jika anda teringin minum teh tarik, pastikan minum teh tarik yang berjenama dan selamat. Nak lebih selamat, tak payah minum teh tarik dah. Tukar kepada jus buah pula. Harga teh tarik pun dah mahal sekarang =)



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger