Tuesday, April 26, 2011

Sape Suruh MALAS....kan dah kene....

Kepada sesiapa yang bersifat sangat PEMALAS, ambillah pengajaran daripada kisah yang terjadi kat aku pagi tadi....

26 April 2011, Selasa, 6.00am :

KRRRIIIIINNNGGGG......bunyi alarm telefon bimbit aku (sebenarnya alarm handphone tu bunyi lagu,bukan bunyi kring). Itu tandanya dah kene bangun pagi. Nak kene bangun solat subuh. Tapi aku ni kan pemalas....aku snooze je alarm tu. Pastu sambung tido jap. Tak sampai 3 minit, alarm handphone tu bunyi balik sbb aku setting snooze untuk 3 minit je. Dengan muka malas, aku gagahkan diri jugak bangun dari katil, tutup alarm, pastu terus bergegas menuju ke bilik air kat sebelah dapur.

Sebelum aku amik wuduk, aku singgah kejap ke dapur. Tekak rasa haus pulak. Dek kerana aku ni pemalas sangat nak ON suis lampu, mata pun bukak ala kadar, antara nampak tak nampak, aku pun terusla tadah air kat water dispenser tu. Aku guna gelas yang sedia ada kt situ. Gelas aku semalam kot. Bila rasa dah penuh, dengan yakin dan tanpa was-was, aku terus minum air tu. Tiba -tiba....

"Peerggghhhh....apsal air ni rase pedas haa?? Pastu mulut aku rase lain macam. Macam ade benda merayap kat mulut," getus hati kecilku. 

Aku terus bukak suis lampu.Tu dia...semut berkampung kt dalam gelas tu. Semua dah lemas kot hahaha. Dengan semut-semut skali aku minum. Patutlah rasa pedas..ceeiiittt....... kuajak!!!

Moral : Nak minum air,pastikan gelas anda bersih daripada sebarang benda asing. Jangan malas ON suis lampu woii….hahahhaha









Tuesday, January 4, 2011

.:: Makhluk Menakutkan Di Bawah Katil ::.

Disebabkan bosan takde keje,aku pun belek-belek gambar lame aku kat PC aku. Terpandang pulak gambar ni. Hahahaha….Kelakar pulak bila ingat balik peristiwa ni.

FYI, identiti orang dalam gambar ni akan dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang salah faham :p
Orang dalam gambar ni memang lasak betul kalau tengah tido. Hanya bom sahaja mampu mengejutkan dia dari tido.hahahahaha….
Masa ni beliau enat sangat kot..thats why la die tido sampai tak sedarkan diri dah terselit kat bawah katil. 

Terbukti Kepenatan!!

.:: Best Driver Award ::.

Dah lama aku simpan gambar ni. Kejadian ni berlaku kat area umah aku, Jalan Ahmad, Kg Sg Chin-Chin. Pemandu tidak dikenali kerana semasa kejadian, pemandu tiada dalam kereta. Mungkin sedang mendapatkan bantuan. Apa pun, hanya mereka yang berani sahaja sanggup melalui jalan ke rumah aku ni. Aku sampai skarang kecut perut nak drive kat kawasan umah aku ni.Hahahaha!!

Kerete disyaki dipandu oleh warga Afrika
Tapi selama 14 tahun aku tinggal kt sini, belum pernah ada lagi kemalangan maut berlaku. =)


Monday, January 3, 2011

.::Teh Sukat ::.

Adakah anda penggemar teh tarik??Jika ya, cubalah ELAKKAN minum teh tarik terutamanya teh tarik yang dijual di gerai makanan. Ini kerana kebanyakan teh tarik yang dibuat di gerai makanan, dibuat menggunakan teh sukat atau teh timbang. 

Apa itu teh sukat? Teh sukat tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.Serbuk teh tersebut itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.  Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik. Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan. 

Teh sukat yang digunakan di kebanyakan gerai-gerai atau kedai makanan berisiko untuk mendapat kanser seperti paru-paru, hati, prostat dan usus. Ini kerana teh sukat dicampur dengan bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain .

Tahukah anda, salah satu bahan pewarna yang terdapat di dalam pewarna sintetik ialah Karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik. Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup.

Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama serta mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.Harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. 
 
Jika anda teringin minum teh tarik, pastikan minum teh tarik yang berjenama dan selamat. Nak lebih selamat, tak payah minum teh tarik dah. Tukar kepada jus buah pula. Harga teh tarik pun dah mahal sekarang =)



Powered By Blogger