Kisah ni berlaku pada tahun 2002 kalau tak silap aku. Hari tu,kecoh satu kampung cerita pasal toyol dengan jerangkung. Lepas je training takraw, kitorang pun tanyalah kebenaran cerita tu kat Putra.“Ko biar betul, Putek??” Tanya Memeng kat Putra.
“Betul…aku tak tipu. Ramai dah tengok. Budak tu memang terror sebab boleh panggil toyol” jelas Putra dengan penuh semangat.
“Kalau korang nak tengok, Malam Jumaat ni datang kat Padang Jawa. Datang lepas isyak. Kalau boleh, ajak budak-budak lain. Aku dah tengok hari tu. Memang betul ko boleh tengok toyol tu secara live beb “ sampuk Rani.
“Ok, kalo macam tu, jumpa kat sana lepas isyak. Kalau korang tipu, siap lah korang!!” gertak aku.
Al-Kisahnya, tersebutlah kisah seorang pemuda ni. Nama dia aku tak ingat sebab tak berapa nak akrab dengan dia. So, aku gambarkan dia sebagai Ali je lah. Menurut Putra, Ali ni dulu belajar sekolah pondok. So, sedikit sebanyak dia ade belajar pasal Ilmu ghaib. Penampilan die memang Nampak bersahaja. Muka ade senyum, bersongkok, kulit sawo matang, rambut lurus agak panjang sikit.
Nak dijadikan cerita, lepas je solat isyak, aku dengan Memeng pun pegi lah kat Padang Jawa. Tempat tu gelap, bertanah merah, agak jauh dari kawasan perumahan. Kat jalan masuk padang tu, ada lampu jalan. Bila semua peserta dah sampai, Ali bagi sikit penerangan berkenaan upacara ni.
“ Aku nak korang semua buat bulatan. Masa upacara dijalankan, korang semua kene pejam mata dan selawat banyak-banyak. Korang mestilah mengikut semua arahan aku. Korang dilarang bukak mata mase upacara ni diadakan supaya korang tak kena rasuk. Sesiapa yang rasa tak boleh ikut arahan, sila keluar sekarang “ tegas Ali dengan muka serius.
Mendengar kata-kata Ali tu, aku jadi sedikit gelabah. Mana tak, kalo tak ikut arahan boleh kene rasuk pulak. Tapi aku rileks jela. Takde sorang pun yang keluar. Maknanya semua orang bersetuju untuk teruskan upacara ni.
Upacara dimulakan.
Semua orang buat bulatan. Lepas tu masing-masing pejamkan mata. Keadaan jadi sunyi secara tiba-tiba.
“Sanusi, pembantu aku akan datang kat korang seorang demi seorang. Aku nak korang bersihkan diri dengan bertayamum. Sanusi akan bawak talam yang ade sikit debu. Korang tau tak cara-cara tayamum??” tanya Ali.
“Tau..!!!!” masing-masing cuba menjawab walaupun ada segelintir tak berapa nak tau cara-cara tayamum.
Sanusi pun datang la kat sorang demi seorang peserta untuk bertayamum. Sementara tunggu turn tu, kami diminta agar terus selawat. Sampai turn aku, aku pun hulurkan tapak tangan aku ke dalam talam tu. Lepas tu aku tepuk-tepuk sikit, terus lap kat muka . Lepas muka, tangan pulak. Semua tu dibuat dalam keadaan aku pejamkan mata. Nak bukak mata takut pulak. Aku pun ikut jela peraturan diorang tu.
Sebelah aku, Andi. Masa giliran Andi, Sanusi cakap, si Andi ni ade lemah semangat. So, dia hulurkan sesuatu untuk si Andi tu hidu supaya dia tak kena rasuk. Aku dengar suara Andi macam tak selesa je dengan bau benda tu. Tapi setelah dipujuk, dia pun hidu jela bau benda tu. Lepas hidu tu, aku dengar Andi terbatuk-batuk.
“ Jangan risau, ni sume nak elakkan ko daripada kene kacau nanti” terang Sanusi.
Selesai je upacara yang pertama, maka upacara yang seterusnya pun dimulakan. Ali bagi peringatan terakhir kat kitorang semua sebelum upacara ni dimulakan.
“ Aku nak bagitau kat korang, kalau aku berjaya panggil Toyol, korang tak payah takut. Korang buka mata sambil selawat. Dia tak akan kacau korang. Korang boleh tengok bila aku bagi arahan suruh buka mata” arah Ali.
“ Tapi, kalo jerangkung yang keluar, aku nak korang semua lari sekuat hati kat bawah lampu kat luar padang tu. Jerangkung ni takut lampu, so sampai kat sana dia tak akan kacau korang dah” sambung Ali dengan suara agak garang.
Aku makin cemas pulak. Aku masih pejamkan mata sambil selawat. Kadang-kadang aku baca Ayat Kursi. Memang seram la suasana malam tu. Rasa nyesal pun ada join upacara ni. Tapi aku nekad teruskan jugak sebab nak tengok toyol.
Semua orang senyap. Ali mula membaca mantra. Aku tak berapa nk paham bahasa yang dia gunakan. Dia baca agak laju. Mase tu aku dah tambah cemas. Aku dengar semua orang baca selawat ramai-ramai. Bulu roma aku dah naik.
“Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang malapetaka” bisik hati aku.
Lepas tu kedengaran bunyi tapak kaki orang melompat-lompat. Makin lama makin kuat. Lepas tu dengar pulak bunyi pelik-pelik. Macam suara budak-budak kecik pun ada. Aku dah jadi makin cuak. Berpeluh ok…
Makin lama, bunyi tapak kaki dan suara pelik tu makin dekat kat aku. Aku cemas. Aku baca Ayat Kursi. Ya Allah…kalaulah aku boleh lari, memang aku da lari. Aku jadi kaku. Macam tak boleh nk bergerak pun ada. Tiba-tiba…
“Waaarrgghhhh……Waargghhhh……Waarrrghhhhhh!!! “
Salah sorang peserta terpekik minta tolong. Aku rasa dia dah kene rasuk. Aku dah makin cemas. Berpeluh jugak aku. Aku tak berani buka mata. Aku baca semua surah yang aku tau.
“Jangan rasuk aku…jangan…tolonnggg……!!!!”
Bunyi tapak kaki dan suara aneh tu masih berleluasa. Bunyi tu macam kanak-kanak berlari-lari depan aku. Aku jadi seram. Tambah pulak bunyi suara aneh tu,lagi la aku seram. Makin lama bunyi tapak kaki tu makin kuat. Suara orang-orang berselawat pun makin kuat. Keadaan jadi makin tegang. Tiba-tiba terdengar satu suara..
JERANGKUNG!!!! SEMUA LARI…..!!!!!!
Tak sempat aku buka mata,terus aku bertempiaran lari ke arah lampu jalan. Aku lari sekuat hati. Budak-budak lain pun lari jugak. Masing-masing berlumba nak selamatkan diri dari Jelangkung. Sampai je bawah tiang lampu, tetiba masing-masing gelak….
Aku tengok muke masing-masing belang hitam. Bukan muka je, tangan pun sama.
Aku tak dapat tahan gelak tengok muke dorang belang-belang itam.
HAHAHAHAHA.....paling teruk kene Dajal, Andi. Benda yang die kene hidu tu rupanya bawang merah. Bayangkan lah muke korang lepas hidu bau bawang merah. Hahahahaha!!!
Tapi dalam hati aku geram gak la. Macam mane la aku boleh senang-senang kene kencing. Waargghhhhhh!!!! Patutla suruh tayamum,rupenye dalam talam tu sume habuk arang. Lepas tu, patut lah tak bagi semua orang bukak mata, sebab semua bunyi-bunyi dengan orang-orang menjerit tu semua dah dirancang. Ade geng-geng dia skali yang menyamar. Yang konon-konon kene rasuk tu semua orang-orang dia la. Tujuan lari kat lampu plak supaya masing-masing nampak muke orang yang dah kene dajal.Wahahahaaha…..kuang asam!!!Warrghhhhh!!!!
Serius aku takleh terima kene kencing. HAHAHAHAH







,_Serdang.jpg)





