Thursday, November 18, 2010

Pelaris & Kedai

Contoh Pelaris  
Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.



Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu. eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Contoh Pelaris
Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa. Wallauaklam......
Contoh Tangkal Pelaris
Semoga penerangan ini bermanfaat.

*HeRRy GonZaLeZ*

-Sumber : Dato Belalang, M.O.B

3 comments:

  1. nice entry. dkt rumah anat ada la satu kedai ni guna pelaris. shinggakan.. org dari KL usaha turun everyweek nk makan nasi kat perlis.. semata2 nk mkn kt kedai tuh. rasa mcm pelik gile.. tapi bila dha pikir2 balik.. dah agak dah.. mmg guna pelaris.. wallahualam

    ReplyDelete
  2. mmg tak dinafikan banyak kedai makan yg guna pelaris...so berhati-hati lah...

    ReplyDelete

Powered By Blogger