Tuesday, December 10, 2013

Assalamualaikum...

huk alooooohhh lame dah xbukak blog ni..

FYI (for your information) skang gua tgh nk wat video amatur utk ape2 event...
so kalo korg berminat boleh la roger2 gua ea....

017 6826086 @ emel :  herri_jd@yahoo.com

buat mase ni harga xletak mahal2 la sbb sekadar mengisi masa lapang kan...heheheh

nk lg murah amek pakej mekap bini gua...(OOOPPPSSS...gua baru kawen sbnrnye hahaha...|)
die wedding makeup yg talented...adik kpd awin seindahwajah...

 haaaa....ni bini gua....

skang gua menetap kt SEREMBAN N9, so kalo buat area seremban boleh la gua cas murah sikit,

n kalo area KL ari jumaat pun boleh consider gak bagi murah...kalo weekend nk kene kire kos toll n minyak plak kan huhuhhuh...

ape2 pun jgn lupe roger ea...



Tuesday, April 26, 2011

Sape Suruh MALAS....kan dah kene....

Kepada sesiapa yang bersifat sangat PEMALAS, ambillah pengajaran daripada kisah yang terjadi kat aku pagi tadi....

26 April 2011, Selasa, 6.00am :

KRRRIIIIINNNGGGG......bunyi alarm telefon bimbit aku (sebenarnya alarm handphone tu bunyi lagu,bukan bunyi kring). Itu tandanya dah kene bangun pagi. Nak kene bangun solat subuh. Tapi aku ni kan pemalas....aku snooze je alarm tu. Pastu sambung tido jap. Tak sampai 3 minit, alarm handphone tu bunyi balik sbb aku setting snooze untuk 3 minit je. Dengan muka malas, aku gagahkan diri jugak bangun dari katil, tutup alarm, pastu terus bergegas menuju ke bilik air kat sebelah dapur.

Sebelum aku amik wuduk, aku singgah kejap ke dapur. Tekak rasa haus pulak. Dek kerana aku ni pemalas sangat nak ON suis lampu, mata pun bukak ala kadar, antara nampak tak nampak, aku pun terusla tadah air kat water dispenser tu. Aku guna gelas yang sedia ada kt situ. Gelas aku semalam kot. Bila rasa dah penuh, dengan yakin dan tanpa was-was, aku terus minum air tu. Tiba -tiba....

"Peerggghhhh....apsal air ni rase pedas haa?? Pastu mulut aku rase lain macam. Macam ade benda merayap kat mulut," getus hati kecilku. 

Aku terus bukak suis lampu.Tu dia...semut berkampung kt dalam gelas tu. Semua dah lemas kot hahaha. Dengan semut-semut skali aku minum. Patutlah rasa pedas..ceeiiittt....... kuajak!!!

Moral : Nak minum air,pastikan gelas anda bersih daripada sebarang benda asing. Jangan malas ON suis lampu woii….hahahhaha









Tuesday, January 4, 2011

.:: Makhluk Menakutkan Di Bawah Katil ::.

Disebabkan bosan takde keje,aku pun belek-belek gambar lame aku kat PC aku. Terpandang pulak gambar ni. Hahahaha….Kelakar pulak bila ingat balik peristiwa ni.

FYI, identiti orang dalam gambar ni akan dirahsiakan untuk mengelakkan sebarang salah faham :p
Orang dalam gambar ni memang lasak betul kalau tengah tido. Hanya bom sahaja mampu mengejutkan dia dari tido.hahahahaha….
Masa ni beliau enat sangat kot..thats why la die tido sampai tak sedarkan diri dah terselit kat bawah katil. 

Terbukti Kepenatan!!

.:: Best Driver Award ::.

Dah lama aku simpan gambar ni. Kejadian ni berlaku kat area umah aku, Jalan Ahmad, Kg Sg Chin-Chin. Pemandu tidak dikenali kerana semasa kejadian, pemandu tiada dalam kereta. Mungkin sedang mendapatkan bantuan. Apa pun, hanya mereka yang berani sahaja sanggup melalui jalan ke rumah aku ni. Aku sampai skarang kecut perut nak drive kat kawasan umah aku ni.Hahahaha!!

Kerete disyaki dipandu oleh warga Afrika
Tapi selama 14 tahun aku tinggal kt sini, belum pernah ada lagi kemalangan maut berlaku. =)


Monday, January 3, 2011

.::Teh Sukat ::.

Adakah anda penggemar teh tarik??Jika ya, cubalah ELAKKAN minum teh tarik terutamanya teh tarik yang dijual di gerai makanan. Ini kerana kebanyakan teh tarik yang dibuat di gerai makanan, dibuat menggunakan teh sukat atau teh timbang. 

Apa itu teh sukat? Teh sukat tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.Serbuk teh tersebut itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.  Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik. Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan. 

Teh sukat yang digunakan di kebanyakan gerai-gerai atau kedai makanan berisiko untuk mendapat kanser seperti paru-paru, hati, prostat dan usus. Ini kerana teh sukat dicampur dengan bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain .

Tahukah anda, salah satu bahan pewarna yang terdapat di dalam pewarna sintetik ialah Karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik. Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup.

Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama serta mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.Harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. 
 
Jika anda teringin minum teh tarik, pastikan minum teh tarik yang berjenama dan selamat. Nak lebih selamat, tak payah minum teh tarik dah. Tukar kepada jus buah pula. Harga teh tarik pun dah mahal sekarang =)



Thursday, December 30, 2010

Toyol, Jerangkung & Aku.


Kisah ni berlaku pada tahun 2002 kalau tak silap aku. Hari tu,kecoh satu kampung cerita pasal toyol dengan jerangkung. Lepas je training takraw, kitorang pun tanyalah kebenaran cerita tu kat Putra.

“Ko biar betul, Putek??” Tanya  Memeng kat Putra.

“Betul…aku tak tipu. Ramai dah tengok. Budak tu memang terror sebab boleh panggil toyol” jelas Putra dengan penuh semangat.

“Kalau korang nak tengok, Malam Jumaat ni datang kat Padang Jawa. Datang lepas isyak. Kalau boleh, ajak budak-budak lain. Aku dah tengok hari tu. Memang betul ko boleh tengok toyol tu secara live beb “ sampuk Rani.

“Ok, kalo macam tu, jumpa kat sana lepas isyak. Kalau korang tipu, siap lah korang!!” gertak aku.

Al-Kisahnya, tersebutlah kisah seorang pemuda ni. Nama dia aku tak ingat sebab tak berapa nak akrab dengan dia. So, aku gambarkan dia sebagai Ali je lah. Menurut Putra, Ali ni dulu belajar sekolah pondok. So, sedikit sebanyak dia ade belajar pasal Ilmu ghaib. Penampilan die memang Nampak bersahaja. Muka ade senyum, bersongkok, kulit sawo matang, rambut lurus agak panjang sikit.

Nak dijadikan cerita, lepas je solat  isyak, aku dengan Memeng pun pegi lah kat Padang Jawa. Tempat tu gelap, bertanah merah, agak jauh dari kawasan perumahan. Kat jalan masuk padang tu, ada lampu jalan. Bila semua peserta dah sampai, Ali bagi sikit penerangan berkenaan upacara ni.

“ Aku nak korang semua buat bulatan. Masa upacara dijalankan, korang semua kene pejam mata dan selawat banyak-banyak. Korang mestilah mengikut semua arahan aku. Korang dilarang bukak mata mase upacara ni diadakan supaya korang tak kena rasuk. Sesiapa yang rasa tak boleh ikut arahan, sila keluar sekarang “ tegas Ali dengan muka serius.

Mendengar kata-kata Ali tu, aku jadi sedikit gelabah. Mana tak, kalo tak ikut arahan boleh kene rasuk pulak. Tapi aku rileks  jela. Takde sorang pun yang keluar. Maknanya semua orang bersetuju untuk teruskan upacara ni.

Upacara dimulakan.

Semua orang buat bulatan. Lepas tu masing-masing pejamkan mata. Keadaan jadi sunyi secara tiba-tiba.

“Sanusi, pembantu aku akan datang kat korang seorang demi seorang. Aku nak korang bersihkan diri dengan bertayamum. Sanusi akan bawak talam yang ade sikit debu. Korang tau tak cara-cara tayamum??” tanya Ali.

“Tau..!!!!” masing-masing cuba menjawab walaupun ada segelintir tak berapa nak tau cara-cara tayamum.

Sanusi pun datang la kat sorang demi seorang peserta untuk bertayamum. Sementara tunggu turn tu, kami diminta agar terus selawat. Sampai turn aku, aku pun hulurkan tapak tangan aku ke dalam talam tu. Lepas tu aku tepuk-tepuk sikit, terus lap kat muka . Lepas muka, tangan pulak. Semua tu dibuat dalam keadaan aku pejamkan mata. Nak bukak mata takut pulak. Aku pun ikut jela peraturan diorang tu.
Sebelah aku, Andi. Masa giliran Andi, Sanusi cakap, si Andi ni ade lemah semangat. So, dia hulurkan sesuatu untuk si Andi tu hidu supaya dia tak kena rasuk. Aku dengar suara Andi macam tak selesa je dengan bau benda tu. Tapi setelah dipujuk, dia pun hidu jela bau benda tu. Lepas hidu tu, aku dengar Andi terbatuk-batuk.

“ Jangan risau, ni sume nak elakkan ko daripada kene kacau nanti” terang Sanusi.

Selesai je upacara yang pertama, maka upacara yang seterusnya pun dimulakan. Ali bagi peringatan terakhir kat kitorang semua sebelum upacara ni dimulakan.

“ Aku nak bagitau kat korang, kalau aku berjaya panggil Toyol, korang tak payah takut. Korang buka mata sambil selawat. Dia tak akan kacau korang. Korang boleh tengok bila aku bagi arahan suruh buka mata”  arah Ali.

“ Tapi, kalo jerangkung yang keluar, aku nak korang semua lari sekuat hati kat bawah lampu kat luar padang tu. Jerangkung ni takut lampu, so sampai kat sana dia tak akan kacau korang dah” sambung Ali dengan suara agak garang.

Aku makin cemas pulak. Aku masih pejamkan mata sambil selawat. Kadang-kadang aku baca Ayat Kursi. Memang seram la suasana malam tu. Rasa nyesal pun ada join upacara ni. Tapi aku nekad teruskan jugak sebab nak tengok toyol.

Semua orang senyap. Ali mula membaca mantra. Aku tak berapa nk paham bahasa yang dia gunakan. Dia baca agak laju. Mase tu aku dah tambah cemas. Aku dengar semua orang baca selawat ramai-ramai. Bulu  roma aku dah naik.

“Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang malapetaka” bisik hati aku.


Bacaan mantra Ali makin lama makin laju. Bacaan selawat pulak makin kuat. Aku dah jadi makin cemas.

Lepas tu kedengaran bunyi tapak kaki orang melompat-lompat. Makin lama makin kuat. Lepas tu dengar pulak bunyi pelik-pelik. Macam suara budak-budak kecik pun ada. Aku dah jadi makin cuak. Berpeluh ok…
Makin lama, bunyi tapak kaki dan suara pelik tu makin dekat kat aku. Aku cemas. Aku baca Ayat Kursi. Ya Allah…kalaulah aku boleh lari, memang aku da lari. Aku jadi kaku. Macam tak boleh nk bergerak pun ada. Tiba-tiba…

“Waaarrgghhhh……Waargghhhh……Waarrrghhhhhh!!! “

Salah sorang peserta terpekik minta tolong. Aku rasa dia dah kene rasuk. Aku dah makin cemas. Berpeluh jugak aku. Aku tak berani buka mata. Aku baca semua surah yang aku tau.

“Jangan rasuk aku…jangan…tolonnggg……!!!!”

Sorang lagi dah kene rasuk!!! Aku jadi makin cemas.

Bunyi tapak kaki dan suara aneh tu masih berleluasa. Bunyi tu macam kanak-kanak berlari-lari depan aku. Aku jadi seram. Tambah pulak bunyi suara aneh tu,lagi la aku seram. Makin lama bunyi tapak kaki tu makin kuat.  Suara orang-orang berselawat pun makin kuat. Keadaan jadi makin tegang. Tiba-tiba terdengar satu suara..

JERANGKUNG!!!! SEMUA LARI…..!!!!!!

Tak sempat aku buka mata,terus aku bertempiaran lari ke arah lampu jalan. Aku lari sekuat hati. Budak-budak lain pun lari jugak. Masing-masing berlumba nak selamatkan diri dari Jelangkung. Sampai je bawah tiang lampu, tetiba masing-masing gelak….

Aku tengok muke masing-masing belang hitam. Bukan muka je, tangan pun sama.
Aku tak dapat tahan gelak tengok muke dorang belang-belang itam.
HAHAHAHAHA.....paling teruk kene Dajal, Andi. Benda yang die kene  hidu tu rupanya bawang merah. Bayangkan lah muke korang lepas hidu bau bawang merah. Hahahahaha!!!

Tapi dalam hati aku geram gak la. Macam mane la aku boleh senang-senang kene kencing. Waargghhhhhh!!!! Patutla suruh tayamum,rupenye dalam talam tu sume habuk arang. Lepas tu, patut lah tak bagi semua orang bukak mata, sebab semua bunyi-bunyi dengan orang-orang menjerit tu semua dah dirancang. Ade geng-geng dia skali yang menyamar. Yang konon-konon kene rasuk tu semua orang-orang dia la. Tujuan lari kat lampu plak supaya masing-masing  nampak muke orang yang dah kene dajal.

Wahahahaaha…..kuang asam!!!Warrghhhhh!!!!
Serius aku takleh terima kene kencing. HAHAHAHAH

Monday, December 27, 2010

Buat Aku Tergelak

Didi & Siti Aminah
 25hb Disember 2010 : Sabtu

Tepat pukul 11 pagi, Didi sampai kat umah aku. Hari ni dia bawak awek kesayangan dia. Maybe nak kenalkan kat kawan-kawan la kan awek die tu hahaha…Misi hari ni adalah pergi kenduri Kahwin Nur Elyna a.k.a Mama kat Kampung Delik, Klang.Lepas ambik aku, Didi pergi rumah Kuchai pulak, then baru jumpa Shah dengan Ikram & Diela dengan pasangannya kat Jalan Bangsar.

Shah, Ikram & Kuchai
            Oh ye…masing2-masing pulak tak bawak kad kawen yang Mama bagi tu. Sesat la jawabnya kat Klang tu. Selepas bersusah payah mencari lokasi umah Mama, akhirnya kami selamat tiba pada pukul 1.30 ptg. Masa tu Mama dah habis bersanding.


          Kat sana kami jmpa la dengan Saidah & pasangan, Syafiq & Shu, Ain & pasangan, Shikin, Fatin & Dayah dan Ageng & awek dia. Lepas makan,borak-borak & ambik gmbar,kami pun mintalah diri. Lepas tu keluar la idea nak pergi lepak minum kt area Shah Alam. Tapi yang dapat follow just 2 kereta je. Ikram, Shah, Didi, Aku, Kuchai & Awek Didi.


             Sebelum pergi minum tu, kami solat Zohor kejap kat Surau Kampung Delik. Macam biase,Kuchai la jadi imam. Lepas ambik wuduk,aku pun qamat…
Kuchai Imam, aku pulak dok kat belah kanan belakang kuchai,sebelah aku pulak shah, pastu Didi kiri skali.

Allahu Akbar….!!

Kuchai memulakan solat. Kami pun ikut. Sebelum tu,aku dah “Silent” handphone  aku takut kot-kot ada  orang call pulak. Masa rakaat ke-2, berlakulah satu peristiwa yang mampu membuatkan aku terguling-guling .

Mase tu kami tengah rukuk. Tetiba kedengaran satu lagu….

Telefon…telefon berbunyi…..telefon kami datang…..

Handphone Kuchai berbunyi. Aku tak dapat tahan gelak dgr ringtone Wonderpet tu. Aku cuba tahan gelak…Aku cuba tutup mata py tak gelak….mulut pulak cuba aku ketipkan. Aku tahan gelak dengan seksanya…
Aku tau, Shah dengan Didi mesti  tak tahan gelak jugak dengar lagu tu…

Wonderpet …Wondepet kami datang mambantu haiwan yg dalam kesusahan… ringtone handphone Kuchai masih kedengaran.

Ummmpphhhhh……Didi, Shah dengan aku skali dah tak boleh nak tahan gelak.

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya Didi mengalah…lepastu aku, then Shah pulak kalah….

Dan akhirnya Kuchai pun kalah….

WAHAHAHAHAHAHA…!!!!!!!!!!!!!


Kami gelak ramai-ramai….

Bapak sengal la Kuchai ni….diaorang sume salahkan aku sebab aku yang mula-mula  gelak.

Mana tahan weh….tengah solat tetiba pulak dengar ringtone Wonderpet…
HAHAHAHHA..!!!!
Kalau lagu lain maybe la aku boleh tahan,ini lagu Wonderpet ….mau tergeliat urat kentut aku.

hahahahahahah!!!

Pengajaran :
Sile Silent Handphone anda ketika sedang bersolat.TQ

to Kuchai :
Sile tukar Ringtone Anda!!HAHAHAHA
Powered By Blogger